PeRLU ATAU TIDAK MELANTIK PEguam panel lppsa bagi kakitangan awam yang ingin membeli rumah?7/17/2022 Sebelum anda memilih peguam untuk menguruskan transaksi dan dokumentasi Jual Beli hartanah sama ada rumah ataupun tanah kosong yang menggunakan pinjaman LPPSA, perkara utama yang anda perlu pastikan terlebih dahulu adalah adakah firma guaman tersebut merupakan Peguam Panel LPPSA? Di dalam memilih peguam bagi menguruskan kes Jual Beli hartanah yang melibatkan Pembiayaan LPPSA, anda haruslah memilih peguam yang berdaftar sebagai panel LPPSA seperti yang disenaraikan di Laman Sesawang LPPSA. Ini kerana, Panel Peguam LPPSA merupakan peguam bertauliah dan mempunyai pengalaman di dalam selok belok proses Jual Beli dan aturan dokumentasi pembiayaan LPPSA. Tambahan pula, hanya Peguam Panel LPPSA sahaja yang mempunyai akses di dalam Sistem Pengurusan Pembiayaan (Loan Management System) LPPSA dan boleh mengendalikan sebarang urusan pembiayaan pelanggan LPPSA. Anda boleh merujuk maklumat lanjut di sini. Kakitangan awam yang ingin melantik peguam bagi urusan Jual Beli hartanah boleh menyemak atau memilih dari senarai peguam berdaftar LPPSA mengikut negeri pilihan anda di www.lppsa.gov.my/peguam-berdaftar/ Jika anda memerlukan peguam hartanah sebagai pemudah cara di dalam urusan Jual Beli hartanah anda, kami di Puteri Balqis & Co sedia memberi khidmat guaman di Semenanjung Malaysia. Puteri Balqis & Co adalah firma guaman hartanah yang berdaftar sebagai Panel LPPSA yang beramal di Alor Setar, Kedah dan berpengalaman di dalam menguruskan urusan Jual Beli Hartanah yang menggunakan pembiayaan LPPSA dan Bank-Bank di Malaysia. Sebarang urusan berkaitan Perjanjian Jual Beli dan Dokumentasi Pembiayaan sila hubungi kami untuk pertanyaan lanjut.
0 Comments
Sebelum anda membuat keputusan untuk melantik peguam bagi mewakili anda dalam apa jua urusan guaman terutamanya hal-hal berkaitan jualbeli hartanah seperti tanah mahupun rumah, amat wajar untuk anda menyemak terlebih dahulu sama ada peguam tersebut bertauliah ataupun tidak. Berikut adalah saluran yang tepat untuk anda menyemak. Umum ketahui, firma guaman dan peguam bertauliah di Malaysia diselia dan dipantau oleh Majlis Peguam Malaysia (Malaysian Bar Council). Tetapi, bagaimanakah orang awam mempunyai akses untuk menyemak sama ada peguamnya bertauliah atau tidak melalui Majlis Peguam Malaysia? Untuk membuat semakan, anda boleh menekan link di bawah ini dan masukkan nama peguam atau nama firma guaman yang anda ingin mendapatkan pengesahan. https://legaldirectory.malaysianbar.org.my/ Senarai firma guaman dan peguam di dalam Laman Sesawang tersebut mempunyai sijil amalan yang sah bagi tahun semasa. Nama peguam tersebut telah didaftarai iaitu sebuah senarai yang disimpan oleh Pendaftar Mahkamah dan ditandatangi oleh Ketua Hakim Negara atau Hakim yang menerima masuk individu tersebut sebagai seorang peguam yang bertauliah. Sebagai tambahan, peguam dan firma guaman ini pula dikawal selia tatacara profesion guamannya oleh Majlis Peguam Malaysia. Jadi, anda tidak perlu risau lagi akan situasi peguam yang dilantik adalah seorang penyamar. Puteri Balqis & Co adalah firma guaman bertauliah di bawah Majlis Peguam Malaysia dan mempunyai 2 cawangan iaitu di Alor Setar dan Sungai Petani di mana cawangan utamanya adalah di Alor Setar, Kedah. Puteri Balqis & Co adalah firma guaman yang menguruskan kes-kes hartanah di Semenanjung Malaysia terutamanya di bahagian Utara tanah air. Jika anda memerlukan peguam hartanah yang anda boleh percayai, mudah berurusan serta yuran guaman yang berpatutan, kami sedia dihubungi. Bagaimana pula peguam panel LPPSA? Bolehkah klien mendapat pengesahan akan firma guaman dan peguam yang dilantik?
Sila klik link di bawah untuk semakan senarai Peguam Panel LPPSA. Jom kongsi ilmu sikit. . Sebelum anda membuat sebarang urusan atau urusniaga berkaitan hakmilik tanah atau rumah anda, pastikan dahulu di manakah PEJABAT TANAH yang anda patut berurusan. Perkara yang anda perlu teliti bagi menentukan lokasi PEJABAT TANAH untuk berurusan adalah apakah JENIS HAKMILIK geran anda. Jenis-jenis hakmilik geran adalah Hakmilik Sementara DAERAH-HS(D), Hakmilik Sementara Mukim-HS(M), Geran (GRN), Geran Mukim (GM), Pajakan Negeri (PN), dan Pajakan Mukim (PM). Apakah perbezaan kesemua jenis-jenis hakmilik tersebut? . HS(D) / Pajakan Negeri / Geran merupakan hakmilik tanah Bandar dan dipegang oleh Pendaftar Hakmilik Negeri. Jadi, bagi hakmilik jenis ini, setiap urusan mestilah dilakukan di Pejabat Tanah & Galian (PTG) bagi NEGERI Hakmilik tersebut. . HS(M) / Pajakan Mukim / Geran Mukim pula ialah hakmilik tanah desa yang dipegang oleh Pentadbir Tanah. Bagi hakmilik jenis ini pula, sebarang urusan mestilah dilakukan di Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) bagi DAERAH Hakmilik tersebut. Jadi, setiap urusan seperti urusan carian persendirian atau rasmi, mahupun pendaftaran urusniaga seperti pindahmilik, gadaian mahupun melepaskan gadaian haruslah dilakukan di PEJABAT TANAH mengikut JENIS HAKMILIK di dalam geran anda. . Sebagai contoh, jika jenis hakmilik adalah Geran Mukim di daerah Kulim, maka, sebarang urusan berkaitan hakmilik seperti carian mahupun pendaftaran haruslah ke Pejabat Tanah Daerah Kulim. Dan jika jenis Hakmilik geran adalah Geran (GRN), sebarang urusan atau urusniaga haruslah dilakukan di PTG Kedah walaupun tertera daerahnya adalah Kulim. Anda dapat sesuatu? Kongsi bersama keluarga dan kenalan anda. 😊 Puteri Balqis Binti Mohd Junaidi Peguam Hartanah Anda #PuteriBalqisCo #AlorSetar #peguamhartanahalorsetar Dalam urusan Jual Beli Rumah atau Tanah, pendaftaran pindahmilik dan gadaian adalah salah satu daripada prosedur-prosedur yang perlu dilakukan. Bagi urusan pendaftaran pindahmilik dan gadaian hartanah dokumen-dokumen yang diperlukan adalah:- 1. 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐧 𝐀𝐒𝐀𝐋 2. 𝐁𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝟏𝟒𝐀 (𝐏𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊) yang lengkap diisi dan dilampirkan bersama-sama notis taksiran dan sijil setem. 3. 𝐁𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝟏𝟔𝐀 (𝐆𝐀𝐃𝐀𝐈𝐀𝐍) yang lengkap diisi dan dilampirkan bersama-sama notis taksiran dan sijil setem. 4. 𝐒𝐚𝐥𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚𝐤𝐮𝐢 𝐒𝐚𝐡 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐀𝐍𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐁𝐄𝐋𝐈 (bagi kes Jual Beli Rumah @ Hartanah) 5. 𝐒𝐚𝐥𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚𝐤𝐮𝐢 𝐒𝐚𝐡 𝐊𝐀𝐃 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐀𝐋𝐀𝐍 Pemberi Pindahmilik dan Penerima Pindahmilik 6. 𝐒𝐚𝐥𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚𝐤𝐮𝐢 𝐒𝐚𝐡 𝐑𝐄𝐒𝐈𝐓 𝐂𝐔𝐊𝐀𝐈 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 yang telah diselesaikan bayaran bagi tahun taksiran pendaftaran pindahmilik dilakukan. *𝗡𝗼𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴*:- Penulisan di atas hanya bagi kes hartanah yang TIADA GADAIAN dan TIADA SEKATAN KEPENTINGAN di dalam Suratan Hakmilik (Geran). Bagi kes Hartanah yang masih ada gadaian tercatat, suratcara Borang 16N (Melepaskan Gadaian) haruslah disediakan. Bagi kes hartanah yang tercatat sekatan, surat kelulusan kebenaran pindahmilik haruslah dilampirkan bersama-sama sebagai dokumen lampiran. #peguamhartanahalorsetar #peguamhartanahkedah #jualbelirumahalorsetar #jualbelirumahkedah #PBCo #panelLPPSA 014 344 0612 Puteri Balqis & Co Peguam Hartanah Alor Setar 𝐌𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐆𝐚𝐝𝐚𝐢𝐚𝐧 adalah suatu proses untuk menebus kembali Geran Asal daripada pihak Bank atau Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) setelah pembayaran penuh pinjaman perumahan telah dibuat oleh Peminjam. Apabila proses Melepaskan Gadaian selesai dilakukan, nama Bank akan dikeluarkan daripada Geran tersebut dan Geran Asal akan berada di dalam milikan Pemilik Berdaftar.
Suratcara yang digunakan di Pejabat Tanah untuk tujuan melepaskan gadaian dikenali sebagai 𝐁𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝟏𝟔𝐍. Pihak Peguam akan menyediakan borang tersebut setelah dilantik oleh peminjam dan menghantar kepada pihak Bank untuk ditandatangani. Suratcara ini hanya dapat diguna pakai bagi kes-kes yang melibatkan Hartanah yang mempunyai Geran Individu atau Geran Strata sahaja. Berikut adalah proses- proses Melepaskan Gadaian:-
Peguam Hartanah adalah salah seorang yang boleh menyempurnakan penyaksian tandatangan atau cap jari di Borang Pindahmilik (14A) selain daripada Pentadbir Tanah dengan syarat tanah tersebut bukanlah Tanah Rezab Melayu. Namun begitu, bagi kes yang melibatkan Tanah Rezab Melayu, khidmat Peguam diperlukan untuk menyediakan dokumentasi yang sempurna dan lengkap bagi Borang Pindahmilik dan lain-lain dokumen iringan serta kemudiannya akan menguruskan penyaksian anakguam di hadapan Pentadbir Tanah berhampiran. Puteri Balqis & Co adalah salah sebuah firma guaman hartanah di Alor Setar yang menguruskan kes-kes Jualbeli dan Gadaian Hartanah di Semenanjung Malaysia yang mana melibatkan penyaksian Borang Pindahmilik dan Borang Gadaian sejak tahun 2018. Apakah peranan kami di PBCO sebagai Peguam Panel LPPSA anda?
Pengurusan Pembiayaan LPPSA Kami menguruskan dari awal “stage” iaitu di peringkat permohonan pembiayaan bagi penjawat awam yang ingin mendapatkan pembiayaan bagi pembelian rumah. Pengurusan Dokumentasi Pembiayaan dan Sistem Pembiayaan Pinjaman – Loan Management System (LMS) Kami di PBCO menyediakan dokumentasi Pembiayaan di antara Peminjam dan LPPSA dan juga mengendalikan urusan pembiayaan pelanggan LPPSA melalui sistem LMS. LPPSA telah melancarkan Sistem Pengurusan Pembiayaan (Loan Management System – LMS) baharu dan telah beroperasi sepenuhnya pada 1 April 2019 di mana urusan dokumentasi dan maklumat perundangan bagi pembiayaan di LPPSA adalah melalui talian di dalam sistem. Oleh itu, kami sebagai Peguam Panel LPPSA mempunyai akses untuk mengemaskini maklumat perundangan mengenai pembiayaan pelanggan di dalam sistem tersebut. Pengurusan Cagaran dan Gadaian Hartanah Bagi urusan cagaran dan gadaian rumah dan tanah kepada LPPSA, ia adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Peguam Panel Berdaftar LPPSA di dalam menyediakan dokumen-dokumen berkaitan serta berurusan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) atau Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Pemegang Taruh Sebagai Peguam Panel LPPSA, kami menerima wang pembiayaan, aset atau dokumen berkenaan sebagai Pemegang Pertaruhan seperti mana yang disahkan secara bertulis kepada LPPSA oleh pihak-pihak tertentu. Pengemukaan Dokumen Gadaian atau Cagaran Menjadi tanggungjawab Peguam Panel LPPSA untuk mengemukakan Suratan Hak Milik Asal berserta Pendua Gadaian (kes gadaian) selepas didaftarkan di Pejabat Tanah yang berkenaan; atau Dokumen- dokumen Cagaran (kes assignment) selepas didaftarkan di Mahkamah Tinggi berserta Surat Perjanjian Jual Beli yang asal kepada pihak LPPSA. Bagi pertanyaan dan urusan permohonan dan penyediaan dokumentasi pembiayaan perumahan, serta pelepasan gadaian, kami sedia membantu. ---Puteri Balqis & Co.(Alor Setar)--- #peguamhartanahalorsetar #peguampanellppsa #peguampanellppsaalorsetar |