PERMULAAN KAMI
Puteri Balqis & Co. (PBCO) adalah sebuah Firma Guaman yang komited di Alor Setar, Kedah yang diasaskan pada tahun 2018 oleh Rakan Kongsi Utamanya, Puan Puteri Balqis Binti Mohd Junaidi. Beliau dengan penuh keberanian dan keazaman telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah firma guaman "sole proprietor" yang melibatkan kes-kes hartanah seperti Jual Beli, Gadaian, Hibah, Pusaka bagi Hartanah di seluruh Semenanjung Malaysia. PBCO juga mengendalikan kes- kes yang melibatkan Litigasi Jenayah, dan Tuntutan Kemalangan. Puan Puteri Balqis dengan matlamat yang besar untuk mengembangkan PBCO mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Puan Nur Syakirah Binti Yusof sebagai rakan kongsi pada awal 2019 sehingga kini.
PBCO mempunyai 2 (dua) cawangan iaitu cawangan utama beroperasi di Alor Setar manakala satu lagi beroperasi di Sungai Petani. PBCO di bawah Perlindungan Insurans sebanyak RM3,000,000.00. Tiada tuntutan telah dibuat terhadap rakan kongsi, mahupun kedua-dua cawangan firma guaman sejak 2018 sehingga kini. Walau bagaimanapun, PBCO sentiasa menyasarkan untuk menyediakan amalan perundangan standard tertinggi dan memenuhi dasar pengurusan risiko.

AHLI PENGURUSAN utama
PUTERI BALQIS & CO (PBCO) adalah firma guaman di Alor Setar dan Sungai Petani yang menguruskan kes-kes guaman yang melibatkan Jualbeli Hartanah, Pusaka, Hibah dan Tuntutan Kemalangan. Cawangan utamanya beroperasi di Alor Setar.
PBCO juga menawarkan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah. Hubungi kami sebagai pemudah cara anda.
PBCO juga menawarkan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah. Hubungi kami sebagai pemudah cara anda.