FIRMA GUAMAN KAMIPUTERI BALQIS & CO (PBCO) adalah sebuah firma guaman di Alor Setar, Kedah yang menguruskan kes-kes melibatkan Hartanah seperti Jual Beli, Hibah, Pusaka, dan Dokumentasi Pembiayaan (Loan) Perumahan dari Institusi Kewangan, serta Tuntutan Kos bagi kecederaan diri akibat kemalangan.
PBCO adalah Panel Peguam yang sah bagi LPPSA dan telah menguruskan transaksi dan dokumentasi pembiayaan LPPSA bagi jual beli rumah dan tanah di seluruh Semenanjung Malaysia. Kami telah mengendalikan Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pembiayaan di antara Kakitangan Awam dan LPPSA. Kami juga telah mengendalikan segala transaksi yang berkaitan dengan LPPSA seperti jualan rumah oleh Peminjam LPPSA yang telah bankrap, dan gantian hakmilik hilang. Lihat pengalaman kami dalam menguruskan Jual Beli Rumah dan Tanah menggunakan Pembiayaan LPPSA DI SINI. Kami komited dan menitik berat tanggungjawab dan kecekapan dalam mengendalikan fail klien kami. Kami sentiasa memastikan setiap klien kami mengetahui status terkini fail dan menepati garis masa tatacara pengendalian fail klien kami.
Untuk memastikan anda mempunyai urusan jual beli hartanah LPPSA yang lancar dan mudah, sila hubungi kami, PUTERI BALQIS & CO. (Firma Peguam LPPSA) |
Mengapa anda perlu pilih kami sebagai peguam hartanah anda?
|
PERKHIDMATAN KAMI
Pasukan kami amat berdedikasi dan komited dalam mengendalikan setiap kes. Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan yang melibatkan perundangan hartanah dan lain-lain seperti di bawah: -
Perjanjian Jual Beli Hartanah
Kami menawarkan perkhidmatan berbentuk nasihat perundangan dan merangka Perjanjian Jual Beli Hartanah samada melalui wang tunai mahupun pembiayaan Bank ataupun Lembaga Pembiayaan Perumahan Awam (LPPSA) bagi klien yang merupakan Penjawat Awam.
Hibah
Kami menawarkan perkhidmatan berbentuk nasihat perundangan dan merangka Surat Ikatan Hibah mengikut terma dan niat Pemberi Milik.
|
Pusaka
Kami menguruskan kes-kes Pusaka yang melibatkan aset alih (kereta, wang simpanan) dan tidak alih (rumah/tanah) si mati untuk diturunmilik kepada waris-waris si mati.
Dokumentasi Pembiayaan
Kami merupakan Peguam Panel LPPSA dan Ad Hoc bagi Bank- Bank tertentu di mana kami berpengalaman di dalam menyediakan dokumentasi pembiayaan dan "banking system".
|
Melepaskan Gadaian
Kami menyediakan dokumentasi untuk melepaskan gadaian bagi kes hartanah yang telah selesai bayaran baki hutang Bank mahupun LPPSA bagi kakitangan kerajaan. |
Tuntutan Kemalangan
Kami berpengalaman di dalam mendapatkan tuntutan kos bagi kecederaan pada tubuh badan, kematian akibat kemalangan di Jalan Raya. |
lokasi dan waktu urusan
PUTERI BALQIS & CO
Lot 4.14, Tingkat 3 Bangunan Mara, Arked Alor Setar Jalan Stesyen Off, Jalan Langgar 05000 Alor Setar, Kedah. AHAD - KHAMIS 9.00 Pagi - 5.00 Petang JUMAAT & SABTU Tutup |